biasiswa karangkraf 2018
biasiswa karangkraf 2018

Biasiswa karangkraf adalah sebuah Dana Pendidikan yang diwujudkan oleh KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF untuk membantu para pelajar lepasan SPM, STPM & DIPLOMA yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Asasi, Diploma dan Ijazah.

Biasiswa Karangkraf 2018

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  • Warganegara Malaysia dan berumur kurang dari 25 tahun
  • Keputusan cemerlang dalam SPM (Minimum 8 Kepujian), STPM/Matrikulasi/Diploma atau yang setaraf dengannya sekurang-kurangnya 3.00
  • Aktif dalam sukan & aktiviti ko-kurikulum
  • Fasih & boleh menulis dengan baik dalam Bahasa Inggeris
  • Tidak terlibat dan terikat dengan mana-mana dana Pendidikan atau pinjaman pendidikan yang lain.
  • Menerima tawaran kemasukan dari mana-mana institusi
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000.00

Hanya IPTS berikut sahaja yang layak memohon :
http://klmuc.edu.my/
http://www.cosmopointcollege.edu.my/
http://www.unisel.edu.my/
http://www.uniten.edu.my/ (*Tiada pengambilan buat masa ini)
http://www.unirazak.edu.my/
http://www.segi.edu.my/
http://www.instedt.edu.my/
http://www.unitar.my/
http://www.kuis.edu.my/
http://www.reti.edu.my/

Cara Permohonan
Permohonan boleh dicetak di laman web http://www.karangkraf.com/dana. Permohonan boleh dilakukan pada bila-bila masa selepas mendapat tawaran kemasukan ke IPTS. Pemprosesan permohonan tersebut mengambil masa selama 14 hari bekerja daripada tarikh penerimaan.

Di antara dokumen sokongan yang telah ditetapkan untuk diserahkan adalah seperti berikut:

Borang Permohonan Biasiswa Karangkraf 2018

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon (muka hadapan dan belakang dibuat salinan pada muka surat yang sama);
  • Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTS (surat tawaran dari cetakan laman web IPTS boleh diterima);
  • Salinan transkrip keputusan peperiksaan dan sijil kelayakan masuk lain. Contoh : STPM / DIPLOMA / MATRIKULASI
  • Salinan Slip Gaji / Salinan Borang Cukai Pendapatan (Individu) / Salinan Kad Pesara / Salinan Penyata Pencen / Surat Pengesahan Pendapatan / Surat Pengesahan Tidak Bekerja – IBU, BAPA, PENJAMIN 1 DAN 2
  • Salinan kad pengenalan / salinan Passport ibu dan bapa kandung;
  • Salinan kad pengenalan / salinan Passport PENJAMIN 1 DAN 2;
  • Salinan sijil kematian / Surat Akuan Sumpah sekiranya ibu / bapa kandung telah meninggal dunia atau tidak dapat dikesan;

Nama Pegawai: Nurhidayati Binti Mohd Nasir
Alamat:
Kumpulan Media Karangkraf,
Lot 2, Jalan Sepana 15/3,
Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

No. Telefon: 03-5101 3325/3327
No. Faks: 03-5101 3308
Emel: nurhidayati@karangkraf.com/danapendidikan@karangkraf.com
Laman Web: http://www.karangkraf.com/dana

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here