Biasiswa JPA 2018
Biasiswa JPA 2018

TAWARAN PENAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT PERSEDIAAN DAN IJAZAH PERTAMA DI BAWAH PROGRAM PENAJAAN 9A+ TAHUN 2018

PENGENALAN
Program Penajaan 9A+ (P9A+) tahun 2018 merupakan penajaan kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2017 yang memperoleh keputusan A+ dalam sekurang-kurangnya sembilan (9) mata pelajaran tanpa mengambil kira gred mata pelajaran selebihnya (sekiranya ada) untuk melanjutkan pengajian ke universiti-universiti di dalam negara. Calon-calon akan ditawarkan penajaan secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU) untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaan sehingga ke Ijazah Pertama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dan pengiktirafan bidang.

PERINGKAT PENGAJIAN

Program Persediaan
Pelajar-pelajar akan mengikuti program persediaan di dalam negara yang telah ditetapkan oleh Kerajaan seperti di Lampiran A.

Ijazah Pertama
Pelajar-pelajar akan ditaja untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama di institusi pengajian tinggi dalam negara sahaja. Senarai universiti adalah seperti di Lampiran B.

Sekiranya pelajar tidak menamatkan kursus persediaan atau menamatkan kursus Persediaan dengan tidak melepasi had kecemerlangan (Cut of Point) yang ditetapkan oleh Kerajaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama, penajaan pelajar akan ditamatkan.

SYARAT PENAJAAN

Syarat Umum
(i) Calon adalah warganegara Malaysia;
(ii) Ibu dan/atau bapa dan/atau ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang- undang JPA;
(iii) Calon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama; dan
(iv) Calon-calon bagi bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi hendaklah mempunyai keadaan kesihatan yang baik.

Syarat Khusus
(i) Menduduki peperiksaan SPM tahun 2017 kali pertama di mana-mana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta dan calon-calon persendirian;
(ii) Memperoleh keputusan A+ dalam sekurang-kurangnya sembilan (9) mata pelajaran tanpa mengambil kira gred mata pelajaran selebihnya (sekiranya ada); dan
(iii) Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.
(iv) Berjaya mendapat tawaran pengajian dan memulakan pengajian peringkat persediaan sebelum atau pada 31 Disember 2018 di universiti yang ditetapkan.

Sekiranya pelajar ditawarkan lebih daripada satu (1) program penajaan oleh JPA, pelajar hanya layak untuk memilih satu (1) program penajaan sahaja dan tawaran-tawaran lain oleh JPA secara automatik adalah terbatal.

PENAJAAN KE PROGRAM PERSEDIAAN
Pelajar-pelajar akan mengikuti program persediaan di dalam negara yang telah ditetapkan oleh Kerajaan seperti di Lampiran A.

PENAJAAN KE PERINGKAT IJAZAH PERTAMA
Pelajar-pelajar akan ditaja untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama di institusi pengajian tinggi dalam negara mengikut bidang seperti senarai di Lampiran B sahaja dengan syarat pelajar melepasi had kecemerlangan yang ditetapkan oleh Kerajaan.

JPA tidak menaja program pengajian seperti berikut:
a) Pendidikan;
b) Program yang mewajibkan pelajar mengambil lesen juruterbang;
c) Program Kejururawatan / Separa Perubatan yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia;
d) Kursus-kursus profesional seperti ACCA, CLP dan sebagainya;
e) Program berkembar dengan institusi luar negara;
f) Program Double Degree; dan
g) Program-program lain yang belum mendapat pengiktirafan dan akriditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

MEKANISME PERJANJIAN PINJAMAN
Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh JPA adalah tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:

a. Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam; atau
b. Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC); atau
c. Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara; atau
d. Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

CARA MEMOHON PROGRAM PENAJAAN 9A+
1) Pelajar yang berminat perlu mengisi eprofiling secara atas talian (online) di http://esilav2.jpa.gov.my yang dibuka khusus kepada calon terlibat sahaja.
2) Pelajar perlu memohon sendiri dan mendapatkan surat tawaran daripada institusi pengajian (peringkat persediaan) sebelum melengkapkan eprofiling sebelum atau pada 30 Jun 2018 jam 5.00 petang;
3) Setelah melengkapkan permohonan, pelajar perlu menghantar salinan dokumen (soft copy) ke alamat emel iaitu penawaranlsp@jpa.gov.my . Surat tawaran penajaan JPA akan dikeluarkan selepas salinan dokumen tersebut diterima lengkap.
4) Senarai dokumen yang perlu dihantar adalah seperti berikut:
i. Slip Pengesahan Permohonan;
ii. Salinan Kad Pengenalan Pemohon; dan
iii. Surat Tawaran Institusi Pengajian.

Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini/ meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3070 / 3044 / 3045 / 3066 / 3076 pada setiap hari bekerja mulai jam 9:00 pagi hingga jam 5:00 petang.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 Jun 2018 (Sabtu) jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

TARIKH-TARIKH PENTING
e-Profiling dibuka: 19 Mac 2018
e-Profiling ditutup: 30 Jun 2018

Sila klik di sini untuk membaca syarat permohonan atau FAQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here