biasiswa ajinomoto 2018 full scholarship university of tokyo
biasiswa ajinomoto 2018 full scholarship university of tokyo

Ajinomoto Full Scholarship Grant to University of Tokyo, Japan 2018. Program biasiswa pelajar antarabangsa 2018. Ajinomoto merealisasikan impian anda. rebutlah peluang ini.

Dapatkan geran pengajian lepasan ijazah ke UNIVERSITI TOKYO, salah sebuah universiti terbaik di dunia !

Sekiranya anda…

  • Sangat berminat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di Iuar negara dalam bidang Sains, Sains Farmaseutikal, Kejuruteraan, Sains Infomasi dan Teknologi, Sains Kehidupan & Pertanian, “Interdisciplinary Information Studies” (ITASIA), “Frontier Science” dan Sains Matematik (kecuali khursus Seni dan Sains Perubatan Veterinar).
  • Lulus atau akan Iulus ijazah daripada Kolej/Universiti dengan keputusan akademik yang cemerlang.
  • Rakyat Malaysia berumur tidak lebih daripada 35 tahun pada 01 April 2018 dan tidak menerima biasiswa lain.
  • Pemohon perlu mempunyai penguasaan bahasa Jepun yang baik. (Hanya untuk Program Pelajar Sarjana – Program dua tahun).
  • Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik dan bermotivasi tinggi untuk belajar.

Dan anda lulus
Proses penilaian dan pemilihan Kumpulan Ajinomoto.

Anda dapat menerima:

  • Elaun bulanan sebanyak ¥150,000 (Bagi pelajar yang membuat kajian di institut pengajian lepasan ijazah maksimum selama 1 tahun).
  • Elaun bulanan sebanyak ¥180,000 (Bagi pelajar peringkat Sarjana di institut pengajian lepasan ijazah maksimum selama 2 tahun).
  • Pembayaran penuh meliputi yuran peperiksaan, kemasukan dan tuisyen
  • Tiket penerbangan sehala ke Jepun disediakan.

Jenis Biasiswa Ajinomoto 2018

1. Program Pelajar Penyelidikan + Program Pelajar Sarjana (Program 3 tahun).
2. Program Pelajar Sarjana (Program 2 tahun).

Cara Memohon Biasiswa Ajinomoto 2018

1. Muat turun dan lengkapkan borang permohonan serta program pembelajaran.
2. Sertakan borang permohonan, program pembelajaran yang telah dipenuh isi dan dokumen berikut dalam sampul surat:
* Transkrip Rekod Pengajian asal yang dikeluarkan oleh Universiti atau sekolah pemohon.
(Salinan transkrip tidak akan dilayan. Transkrip hendaklah dalam Bahasa Inggeris atau Jepun).
* Borang Cadangan yang Lengkap. (Sama ada daripada Presiden Universiti, Dekan atau Penasihat Akademik).
* Lain-lain dokumen yang boleh menyokong permohonan anda.
(* Dokumen-dokumen yang telah dihantar tidak akan dikembalikan.)
(** Dokumen yang diperlukan bergantung kepada kursus. Sila rujuk kepada “Apendiks 2” untuk maklumat lanjut,)
3.Hantarkan semua dokumen tersebut melalui pos ke sebelum 05-Mac-2018.

AJINOMOTO (MALAYSIA) BERHAD
LOT 5710, Jalan Kuchai Lama, Petaling
58200 Kuala Lumpur
Malaysia

Calon-calon yang berjaya untuk temu duga akan diberitahu melalui e-mel.
Untuk maklumat lanjut, sila
a) E-mel ke: amb_scholarship@ajikl.com.my
b) Hubungi : 603-7980 6958 (Samb. 288) – Ms Ann Foo

Muat turun borang permohonan disini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here